Tuesday, January 10, 2012

Kuasa cinta

Cinta memang indah bunyi......cinta letaknya di hati, meski pun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali.Ia bisa mempengaruhi manusia sekali gus memberi kesan.Cinta dapat mengubah segala2nya pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat
Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta! Alangkah indahnya islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah yang Maha Pencipta sehingga cinta kepadanya jauh melebihi cinta kepada sesama makhluk.Justeru, cinta kepada sesama makhluk di curahkan semata-mata kerana mencintainya

Thursday, September 15, 2011

Insan yang Mulia Bila terpandang wajahnya sungguh lembut, cantik dan indah senyumannya. Dia seorang peramah, baik hati , tidak sombong pada semua orang, walhal aku baru mengenali dirinya dan keluarganya. Senang aku mendekati keluarganya, baru2 nie aku terharu melihat dia menjaga emak mertua dgn baik serta penuh kasih sayang.Aku terasa sebak dan berfikir mulia benar hati dia sanggup jaga mak mertua dan sanggup berhenti kerja semua. Di situ terlihat kesungguhan dan kemulia hati seorang isteri yang amat baik dan tiada tolok bandingannya.Jarang yang sanggup berbuat demikian. Dia menjaga mak mertua macam emak dia sendiri, beruntung sang suami dapat isteri yang baik begitu, harap2 dia menhargai isteri dia. Menjaga orang sakit strok nie kena banyak bersabar, lebih2 lagi orang tua yang sangat sensitif hati dan perasaan dia, kita kena jaga dia macam anak2 kecil bukan apa, kadang2 dia perlukan perhatian. Dengan keadaan anak2 yang kecil dan nakal, tiba2 air mata saya mengalir, alangkah bahagia saya jikalau emak saya masih hidup......Terlalu saya pada dirinya Allah saja yang tahu. Setiap hari rutin tolong memandi mak mertua, pakaikan pampers, bedak dll lagi, time tengahari masakan untuk mak mertua dan bagi makan, nasib baik emak mertua dia x cerewet, pernah saya tengok seorang pakcik tu dah x pandai jalan, anak dia tolong nak mandikan, dia marah2 maki hamun dgn perkataan kesat, tapi nasib baik anaknya jenis yang sabar dan faham. Macam2 gelagat manusia hari ini, hargailah orang tua selagi dia masih hidup, jangan sakiti hatinya, bila dah tua mereka sangat dahagakan kasih sayang anak. Jangan lupa balik mengenjuk orang tua kita dia tak minta apa2 hanya dia perlukan kasih sayang kita, tapi kadang kala kita lupa sibuk memanjang pasal keja tanpa peduli kan orang lain. Dia tak pernah mengeluh mengata penat menjaga mak mertua dia, sifatnya yang lembut menyentuh perasaan saya.Harapan dia semoga enmak mertua cepat2 sembuh dan sihat sediakala.Pada anak2 yang sentiasa sibuk jangan lah mementingkan diri sendiri, baliklah dia memerlukan mu di samping dirinya.Usianya yang mencangkau 90 tahun tapi tetap nampak muda, tapi sayang dia Lumpuh, dia sentiasa tersenyum bila nampak sesiapa pun.Orangnya memang cantik saya terpegun melihat wajah makcik tue .

Wednesday, July 27, 2011

HIDUP YANG PENUH BERLIKU

Hidup ini umpama roda kadang-kadang di atas, kadang - kadang di bawah....,
Makin ku kenal hidup ini makin aku takut nak hadapinya terlalu banyak dugaan dan rintang yang harus di lalui.....tak semua insan berhati mulia.
Sukar kita nak tahu akan hati dan perasaan manusia, adakala mereka ini suka berpura-pura menjadi baik, yang menjadi mangsa insan yang lemah dan berhati mulia dan tulus....
Terlalu sakit hati bila manusia sering tipu menipu sesama sendiri, mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain, suka bercakap besar, berlagak dan macam2 lagi sifat manusia.

Dalam hidup ini harus pandai bawa diri dan berhati2 agar tiada lagi penindasan, adakalanya kita perlu bersikap tegas dalam segala perkara.Bab memilih teman juga perluka adakala teman menjadi inspirasi....ada teman juga yang ingin menghancurkan pandai2lah kita menghadapi teman sebegitu......Kenapalah sikap manusia begitu aku sendiri tak mengerti....

Hatiku sakit bila kebaikan diriku di salah gunakan oleh teman yang ku hormati selalu, yg sanjung tinggi tapi akhirnya aku di lemparkan jauh2 apa salahku...aku tak pernah menyakiti hati mu, melukakan mu, apatah lagi mengatamu......, bila ku sedar aku insan yang paling bodoh yang tak menyedari bahawa dia bkn teman yang ikhlas bersahabat denganmu....ku anggap semua orang baik dalam dunia ini rupanya itu cuma sekadar lakonan pentas yang cukup hebat di lakonkan oleh mu tanpa ku sedari.....Mungkin Allah nak menguji diriku sama ada aku kuat ke tidak untuk hadapi semua ini.

Hidup ini adakalanya membosan....nape aku jadi begini aku kena kuat .....meski pun tidak, yang pasti aku tahu apa yang aku mahu......sukar mencari teman yang betul faham akan perasaan kita terutama teman lelaki....bila masa dia susah dok carilah kita, time senang lupa pada teman dia, itulah lumrah kehidupan manusia.Letih.lesu ku memikirkannya sampai bila aku harus begini oh Tuhan... berilah ruang untuk kegembira walaupun seketika,sejenak dan selama-lamanya.

Monday, May 30, 2011

Gelora di jiwa

Aku tak pernah melupakan dirinya,aku rasa jauh sangat dengan dirinya sekarang,aku faham siapalah diriku di hatinya meski pun aku amat merindui, menyayangi dirinya, tapi apalah dayaku untuk melawan itu semua dan aku kena redha akan semua ini.
Cintanya, sayang dan kasih bukan buat diriku,usah kau impikan semua itu hanyalah sekadar angan2 yang belum pasti dapat bersama dengannya.Cukuplah sekadar nampak senyumannya,lambaian tangannya amat bermakna buat diriku.....Ya Allah betapa aku merindui dirinya........Sesungguhnya aku insan biasa tak dapat lari dari perasaan cinta,sayang,kasih,rindu hanya terpendam dalam hatiku ini.Aku perlukan dirinya dalam hidupku sebenarnya tapi itu hanyalah sekadar impian.Aku harus kuat dan tabah untuk hadapi hidup ini, meskipun aku tahu dalam dirinya dia x perlukan aku dalam hidupnya. Biarlah dia bahagia bersama org tersayang, aku akan tetap mendoakan kebahagian meski pun aku menderita tak siapa yang tahu akan perasaan ku ini.
Senyuman tawanya tak pernah luput dalam ingatan ku, wajahnya selalu terbayang2 di fikiran,sudah ku cuba nak melupakan dirinya tapi aku tak mampu kerana aku terlalu menyayangi dirinya, samada dia sedar @ tidak sedar,aku tahu dia tahu akan perasaanku terhadap dirinya, aku faham akan kedudukan dia sekarang,tapi dengarlah rintihan hatiku aku rindukan dia hingga ke saat ini.Aku cuba buangkan jauh rasa kesedihan ku ini, tapi aku adakala aku mampu,adakalanya aku tewas, menitis air mataku ini tanpa henti cuba ku kawal perasaan ini sebenarnya.Ada ketika dan saatnya aku x mampu mengukir senyuman untuk semua orang yang hanya aku mampu melihat gelagat manusia.Ya Allah berilah aku kekuatan untuk aku menjadi seorang yang lebih tabah menghadapi dugaan ini, dan lebih berani mengatasi segala musibah yang melanda.Sesungguhnya aku insan biasa yang perlukan belaian,kasih sayang daripadanya.Maafkan aku seandainya coretan ini meluka hatinya,aku sekadar meluahkan rasa hatiku ini tanpa niat apa2 pun.

Saturday, May 14, 2011

USAH DI TAMBAH BARA TERSIMPAN

Tak sanggupku berdepan tak ingin memandang,
Tergambar kepahitan silam,
Terhiris perasaan pernah di biarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan
Inginkan untuk perhiasan
Rupanya terjadi tapi.....
Tak elok andainya di buat ikatan
Apa pula kata tetamu yang datang,
Itulah Umpama kisah silam,
Usah diungkit sengaja di besarkan,
Demi menutup kesilapanmu,
Demi memohon kemaafanku,
Tertutup sudah pintu hatiku,
Tak usahlah engkau memujuk rayu,
Biarpun berpisah nyawa dan badan,
Sudah bersumpah tidak berdepan,
Mendengar namamu bagai memikul beban,
Timbul bila kemarahan terpendam,
itu belum lagi kita berdepan,
Demilah elok bila dibiarkan kemarahan reda sendiri,
Usah di tambah bara yang tersimpan,
Walaupun berbagai rencana engkau lakukan,
Itu sikit tidak melembutkan hati,
Biarpun masih tebal kebencian,
Sedang marahku tiada kesudahan,
Biarlah aku menanggung sendiri,
Segala dosa kerana membenci.....

Friday, May 13, 2011

Nilai Persahabatan

Terlalu besar nilai persahabatan ini, ia amat bermakna jika yg tahu akan erti nilainya,
Sahabat bermacam2 peragai dan ragam hanya orang yg serasi sahaja dapat berkawan lama.Kadang2 manusia mudah lupa diri apabila dia sudah ada sahabat yg baru, tapi jangan kita lupa pada sahabat yg lama kerana dia juga sebahagian daripada hidup kita. Sahabat ini umpama teman hidup yg akan sentiasa menerangi hidup kita.Tanpanya kita pasti sunyi.....dengan dialah tempat kita mengadu segala2 selain orang tua kita @ pun ahli keluarga kita yg plg dekat dengan kita.Sifat rasa cemburu dgn sahabat kdgkalanya timbul apa bila ada sahabat baru...tapi jgn khuarti andai kita tahu akan sikap dan peragai dia tak akan melupakannya.

Jangan sesekali2 sakiti hati sahabat kita andai dia seorang sahabat yg baik, walaupun adakalanya peragai dia membuatkan kita berkecil hati dengan sikap dia.Berfikirlah positif dan bersangka baik itu adalah baik dan berdiam diri dan tidak menambah cerita dan mengada2 cerita itu adalah cara yg baik.Sahabat yang baik tidak akan menyusahkan diri kita ia akan sentiasa membantu kita dalam susah dan senang itulah erti persahabatan yg sebenarnya yang susah hendak di nilaikan sekarang ini.

Kita akan rasa gembira bila dapat membantu sahabat kita, tapi andai kita x dapat tolong dia kita rasa diri ini x bermakna.Tapi dalam kehidupan ini tak semua manusia perfek......

Friday, December 10, 2010

Keliru

Diriku keliru sebenarnya, kdg2 aku terfikir hati dan sayangku ini hanya untuk diri dia, Walaupun aku tahu ia tak sampai ke mana.Tapi aku bangga mengenali dirinya dan aku sanjung dirinya.Aku amat menyayangi dirinya semoga aku dan dia bahagia hingga ke akhir hayat walaupun aku dan dia tak dapat hidup bersama dengannya.Aku akan sentiasa berada di sisinya walaupun aku tahu dia mungkin tak memerlukan diri ku dalam hidupnya.
Apa-apa pun ku bersyukur kerana mengenali dirinya.Ya Allah semoga kasih dan sayangku tak akan berubah sampai bila2 meskipun aku sedar diri ku siapa.Hati ini untuk diri nya sebenarnya biarlah..... tak semestinya apa yang kita hendaki menjadi milik kita.....Tapi aku berharap agar dia tahu akan perasaanku ini meski pun hati ini membara2 merindui dirinya.Senyuman dia tak pernah lekang dari ingatanku, begitu jua dengan kata2 dia, memberi aku semangat terima kasih sayang........hanya dalam blog ini jea dapat ku laungkan panggilan sayang.......pilu hatiku kini kerana.......tapi tak apa lah dia ada tanggungjawab yg harus di laksanakan.....sapa diriku utk bertanya......