Monday, May 30, 2011

Gelora di jiwa

Aku tak pernah melupakan dirinya,aku rasa jauh sangat dengan dirinya sekarang,aku faham siapalah diriku di hatinya meski pun aku amat merindui, menyayangi dirinya, tapi apalah dayaku untuk melawan itu semua dan aku kena redha akan semua ini.
Cintanya, sayang dan kasih bukan buat diriku,usah kau impikan semua itu hanyalah sekadar angan2 yang belum pasti dapat bersama dengannya.Cukuplah sekadar nampak senyumannya,lambaian tangannya amat bermakna buat diriku.....Ya Allah betapa aku merindui dirinya........Sesungguhnya aku insan biasa tak dapat lari dari perasaan cinta,sayang,kasih,rindu hanya terpendam dalam hatiku ini.Aku perlukan dirinya dalam hidupku sebenarnya tapi itu hanyalah sekadar impian.Aku harus kuat dan tabah untuk hadapi hidup ini, meskipun aku tahu dalam dirinya dia x perlukan aku dalam hidupnya. Biarlah dia bahagia bersama org tersayang, aku akan tetap mendoakan kebahagian meski pun aku menderita tak siapa yang tahu akan perasaan ku ini.
Senyuman tawanya tak pernah luput dalam ingatan ku, wajahnya selalu terbayang2 di fikiran,sudah ku cuba nak melupakan dirinya tapi aku tak mampu kerana aku terlalu menyayangi dirinya, samada dia sedar @ tidak sedar,aku tahu dia tahu akan perasaanku terhadap dirinya, aku faham akan kedudukan dia sekarang,tapi dengarlah rintihan hatiku aku rindukan dia hingga ke saat ini.Aku cuba buangkan jauh rasa kesedihan ku ini, tapi aku adakala aku mampu,adakalanya aku tewas, menitis air mataku ini tanpa henti cuba ku kawal perasaan ini sebenarnya.Ada ketika dan saatnya aku x mampu mengukir senyuman untuk semua orang yang hanya aku mampu melihat gelagat manusia.Ya Allah berilah aku kekuatan untuk aku menjadi seorang yang lebih tabah menghadapi dugaan ini, dan lebih berani mengatasi segala musibah yang melanda.Sesungguhnya aku insan biasa yang perlukan belaian,kasih sayang daripadanya.Maafkan aku seandainya coretan ini meluka hatinya,aku sekadar meluahkan rasa hatiku ini tanpa niat apa2 pun.

Saturday, May 14, 2011

USAH DI TAMBAH BARA TERSIMPAN

Tak sanggupku berdepan tak ingin memandang,
Tergambar kepahitan silam,
Terhiris perasaan pernah di biarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan
Inginkan untuk perhiasan
Rupanya terjadi tapi.....
Tak elok andainya di buat ikatan
Apa pula kata tetamu yang datang,
Itulah Umpama kisah silam,
Usah diungkit sengaja di besarkan,
Demi menutup kesilapanmu,
Demi memohon kemaafanku,
Tertutup sudah pintu hatiku,
Tak usahlah engkau memujuk rayu,
Biarpun berpisah nyawa dan badan,
Sudah bersumpah tidak berdepan,
Mendengar namamu bagai memikul beban,
Timbul bila kemarahan terpendam,
itu belum lagi kita berdepan,
Demilah elok bila dibiarkan kemarahan reda sendiri,
Usah di tambah bara yang tersimpan,
Walaupun berbagai rencana engkau lakukan,
Itu sikit tidak melembutkan hati,
Biarpun masih tebal kebencian,
Sedang marahku tiada kesudahan,
Biarlah aku menanggung sendiri,
Segala dosa kerana membenci.....

Friday, May 13, 2011

Nilai Persahabatan

Terlalu besar nilai persahabatan ini, ia amat bermakna jika yg tahu akan erti nilainya,
Sahabat bermacam2 peragai dan ragam hanya orang yg serasi sahaja dapat berkawan lama.Kadang2 manusia mudah lupa diri apabila dia sudah ada sahabat yg baru, tapi jangan kita lupa pada sahabat yg lama kerana dia juga sebahagian daripada hidup kita. Sahabat ini umpama teman hidup yg akan sentiasa menerangi hidup kita.Tanpanya kita pasti sunyi.....dengan dialah tempat kita mengadu segala2 selain orang tua kita @ pun ahli keluarga kita yg plg dekat dengan kita.Sifat rasa cemburu dgn sahabat kdgkalanya timbul apa bila ada sahabat baru...tapi jgn khuarti andai kita tahu akan sikap dan peragai dia tak akan melupakannya.

Jangan sesekali2 sakiti hati sahabat kita andai dia seorang sahabat yg baik, walaupun adakalanya peragai dia membuatkan kita berkecil hati dengan sikap dia.Berfikirlah positif dan bersangka baik itu adalah baik dan berdiam diri dan tidak menambah cerita dan mengada2 cerita itu adalah cara yg baik.Sahabat yang baik tidak akan menyusahkan diri kita ia akan sentiasa membantu kita dalam susah dan senang itulah erti persahabatan yg sebenarnya yang susah hendak di nilaikan sekarang ini.

Kita akan rasa gembira bila dapat membantu sahabat kita, tapi andai kita x dapat tolong dia kita rasa diri ini x bermakna.Tapi dalam kehidupan ini tak semua manusia perfek......